Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang masalah yang timbul akibat kehadiran warga asing di Malaysia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan.
Masalah kekurangan tenaga manusia akan terus berlaku dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Oleh hal demikian, Malaysia tiada pilihan lain melainkan membawa masuk buruh asing , walaupun langkah tersebut meletakkan negara dalam risiko sosiopolitik bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Malah, bahang masalah sosial ini telah mula dirasai kini.
Kita tidak menafikan bahawa negara sememangnya memerlukan warga asing yang sanggup bekerja dengan upah yang minimum itu. Namun begitu, sudah banyak rakyat Malaysia yang merungut warga asing ini merampas peluang pekerjaan mereka. Maklumlah mereka menawarkan perkhidmatan dengan kadar upah yang begitu rendah. Seterusnya mereka menjadi pesaing kepada kita dalam menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan khas untuk kita. Tidak cukup dengan itu, di sesetengah tempat, mereka memonopoli sesebuah taman perumahan sehinggakan rakyat negara ini menghadapi masalah mendapatkan rumah sewa. Hal ini tidak termasuk pelbagai kes jenayah yang membabitkan golongan ini.
Negara pernah dikejutkan oleh kejadian pergaduhan rakyat tempatan dengan buruh asing. Selain itu, pelbagai kejadian yang tidak diingini telah berlaku, seperti pemalsuan dokumen, masalah perkahwinan rakyat tempatan dengan pekerja asing, selain sekali-sekala dikjutkan dengan berita penangkapan beramai-ramai rakyat asing yang masuk secara haram melalui sindiket dari dalam dalam dan luar negeri yang tidak bertanggungjawab. Penguatkuasaan boleh terus ditingkatkan , tetapi pengalaman