Monday, May 21, 2007

Bahasa Melayu

Tingkatan 1
Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun

Kertas soalan ini mempunyai 40 soalan aneka pilihan. Jawab semua soalan.

Soalan 1 hingga soalan 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Hadirin di dalam dewan itu ketawa _______________ apabila melihat telatah lucu pelawak itu.
A terketar-ketar C terbahak-bahak
B terkahak-kahak D tersekat-sekat

2. Kerja-kerja _____________ terowong bawah tanah berkenaan dihentikan untuk sementara waktu akibat kejadian tanah runtuh semalam.
A pendalam C pendalaman
B pedalaman D dalamkan

3. Setelah hampir seminggu adik saya berlatih, akhirnya dia ___________ menunggang basikal itu.
A dapat C sanggup
B boleh D akan

4. Bunyi radio itu amat kuat sehingga ________________ telingaku.
A menyumbatkan C mencungkilkan
B menggetarkan D memekakkan

5. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menyekat _________________ pendatang tanpa izin ke negara ini.
A dimasukkan C masukkan
B masuk D kemasukan

6. Mereka ditegah _____________ televisyen hingga larut malam.
A penonton C ditontoni
B menonton D menuntun

7. Badan budak itu _____________ apabila disergah oleh guru disiplin dengan rotan panjang itu.
A bergoyang C menggigil
B bergetar D berhayun

Soalan 8 hingga Soalan 14
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8. Semua peniaga-peniaga pasar tani itu tidak memiliki lesen yang sah.
A B C
Tiada kesalahan
D

9. Sudah hampir dua setengah minggu Pak Malek tersesat di hutan tebal itu namun
A B C
tidak seorang pun yang tahu kecuali isterinya. Tiada kesalahan
D

10. Semua tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan anak Dato’ Shamsul diberikan
A
bunga telur sebagai buah tangan. Tiada kesalahan
B C D

11. Keindahan Pulau Tioman dan Pulau Langkawi benar-benar telah menambat hati
A B C
kami. Tiada kesalahan
D

12. Penduduk Kampung Damai berharapan benar agar permohonan mereka untuk
A
mendapatkan bekalan elektrik akan diluluskan. Tiada kesalahan
B C D


13. Mayat mendiang Kapten Lim yang terbunuh dalam nahas kapal terbang yang
A B
dipandunya semalam selamat dimengkebumikan di tanah perkuburan Cina, Cheras.
C
Tiada kesalahan
D


14. Bermimpi merupakan permainan tidur. Tiada kesalahan
A B C D


Soalan 15 hingga Soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15. I Baju yang baru dibeli itu sedang untuk ibu.
II Sikapnya sedang sahaja.
III Dia sedang menggosok baju ketika kami tiba di rumahnya.
IV Pokok durian itu sedang buahnya.
A III sahaja C II, III dan IV
B I, II dan III D I, II, III dan IV
16. I Isu pemberian bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan menjadi isu hangat yang dibincangkan oleh masyarakat.
II Pertandingan memasak itu mendapat sambutan hangat daripada kaum ibu.
III Pisang goreng yang baru dibelinya itu masih hangat.
IV Hangat telinga saya apabila mendengar sindiran pemuda itu.
A I dan IV C II, III dan IV
B I, II dan III D I, II, III dan IV

17. I Dia tidak berani membantah kata-kata ibunya itu.
II Pelajar-pelajar itu membantah tindakan pihak pentadbiran sekolah yang memaksa mereka membayar yuran tambahan sebanyak RM100.
III Fikirannya sedang membantah.
IV Semangatnya masih membantah.
A I dan II C I, II dan III
B III dan IV D I, II, III dan IV

Soalan 18 hingga 21
Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digaris. Bahagian yang bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.

18. Bila ada kelapangan, dia sering bertandang ke rumah saya.
A Apabila ada kelapangan
B Bila ada lapang
C Bila ada lapangan
D Bila ada kelapangan

19. Tidak banyak anggota bomba yang tinggal di kawasan perumahan setinggan.
A Tidak ramai anggota
B Tidak ramai anggota-anggota
C Tidak banyak anggota-anggota
D Tidak banyak anggota

20. Pembinaan lebuh raya itu dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2005.
A Membina lebuh raya
B Binaan lebuh raya
C Pembinaan lebuhraya
D Pembinaan lebuh raya

21. Keempat-empat anak-anak lelaki Encik Lim masih bersekolah.
A Keempat-empat orang anak
B Keempat orang anak-anak
C Keempat-empat orang anak-anak
D Keempat-empat anak-anak
Soalan 22 hingga Soalan 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22. Masalah jerebu yang melanda Pantai Barat Semenanjung Malaysia sejak enam hari yang lalu tidak menunjukkan tanda-tanda berkurangan walaupun hujan turun beberapa jam pada awal pagi ini kerana hujan hanya turun di Pantai Timur.
A Tiada menunjukkan tanda-tanda masalah jerebu yang berlarutan selama enam hari akan pulih di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
B Hujan yang turun beberapa jam awal pagi tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan masalah jerebu yang melanda Pantai Barat Semenanjung Malaysia sejak enam hari yang lalu.
C Hujan yang turun selama enam hari yang lalu tidak mengurangkan masalah jerebu yang melanda pantai di Barat Semenanjung Malaysia kerana hujan turun hanya di Pantai Timur.
D Hujan hanya turun di Pantai Timur menyebabkan masalah jerebu yang melanda Pantai Barat Semenanjung Malaysia sejak enam hari yang lalu tidak berkurangan.

23. Sebanyak 200 000 peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan di negeri Kelantan apabila program untuk menarik lebih banyak pelabur dan membina kilang-kilang dijalankan menjelang tahun 2006.
A Menjelang tahun 2006, sebanyak 200 000 peluang pekerjaan akan diwujudkan di negeri Kelantan disebabkan program untuk menarik lebih banyak pelabur dan membina kilang-kilang di negeri itu.
B Dengan membina kilang-kilang akan mewujudkan peluang pekerjaan 200 000 orang di negeri Kelantan menjelang tahun 2006.
C Program untuk menarik pelabur untuk melabur di Kelantan akan membuka banyak kilang dan ini akan memberikan peluang pekerjaan untuk 200 000 orang di negara ini.
D Kelantan akan menjadi negeri yang maju menjelang tahun 2006 apabila program untuk menarik lebih banyak pelabur dan membina kilang-kilang dijalankan.

24. Kecelakaan jalan raya yang bertambah setiap tahun pada musim perayaan harus diberikan perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkenaan.
A Pada setiap musim perayaan, kecelakaan jalan raya bertambah kerana pihak-pihak yang berkenaan tidak serius.
B Perhatian yang serius oleh pihak-pihak berkenaan telah menyebabkan kecelakaan jalan raya bertambah setiap tahun pada musim perayaan.
C Pihak-pihak yang berkenaan hendaklah memberikan perhatian serius terhadap kecelakaan jalan raya yang bertambah setiap tahun pada musim perayaan.
D Kecelakaan jalan raya yang mendapat perhatian yang serius oleh pihak-pihak berkenaan akan bertambah pada setiap musim perayaan.

Soalan 25 hingga Soalan 27
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda memilih jawapan yang paling sesuai.

25. I Siapa pun tidak dibenarkan menghampiri wanita tua itu.
II Rakyat-rakyat Malaysia baik-baik belaka.
III Ibu sedang menyisir rambut adik.
IV Kakak pergi ke pejabat sambil mengepit fail.
A II dan IV C I, II dan IV
B III dan IV D I, II, III dan IV

26. I Azmi sudah insaf sekarang.
II “Siapa yang merosakkan telefon awam itu?” tanya Dol.
III Kucing itu menyondol-nyondol kaki tuannya.
IV Peta dunia itu ada di Ali.
A I dan II C I, II dan IV
B II dan IV D I, III dan IV

27. I Faizal pandai menyanyikan lagu-lagu ghazal.
II Cheng Lock naik angin apabila Azahari mengejeknya.
III Kesihatan Pak Dollah sering mengganggu sejak akhir-akhir ini.
IV Urusan perkara tersebut secepat urusan kilat.
A I dan II C I, III dan IV
B III dan IV D I, II, III dan IV


Soalan 28 dan Soalan 30
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

28. Amin ialah seorang budak yang nakal dan malas belajar. Walaupun sudah berkali-kali ibu bapanya memberikan nasihat, namun dia tidak pernah mengendahkannya. Sikap Amin umpama
A kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
B seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
C seperti mencurahkan air ke daun keladi.
D seperti pagar makan padi.

29. Sikap Encik Hashim yang sentiasa merendah diri dan bersederhana walaupun sudah bergelar tokoh korporat yang berjaya itu menjadikan dirinya dihormati masyarakat setempat. Sikap Encik Hashim ibarat
A ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
B berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.
C alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
D asam di gunung, ikan di laut dalam belanga bertemu juga.

30. Kedudukan Encik Daud di syarikat itu seperti ___________ sejak kegagalannya untuk menjalankan projek itu dengan sempurna.
A pungguk rindukan bulan
B berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
C telur di hujung tanduk
D sudah jatuh, ditimpa tangga


Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

Cikgu Fatimah segera mengambil hadiah itu lalu dibukanya di atas meja. Beberapa orang guru termasuk Cikgu Abdullah, Guru Besar sekolah tersebut turut melihat hadiah tersebut.
Cikgu Fatimah sengaja membuka hadiah itu perlahan-lahan. Dia ingin menimbulkan suspens kepada rakan-rakannya.
“Cepatlah sikit buka bungkusan itu. Jangan-jangan seketul intan tak?” seru Cikgu Darus.
“Eh! Lari jauh-jauh…dalam bungkusan tu ada ular tedung senduk tau!” jerit Cikgu Harun sambil berundur ke belakang, mejauhkan diri dari situ.
“Cikgu Harun ni merepek yang bukan-bukanlah. Takkan murid Cikgu Fatimah tu nak hadiahkan benda macam tu,” Cikgu Noriah menyampuk. Ketika itulah…ketika mereka sedang bergurau itu, Cikgu Fatimah telah selesai membuka bungkusannya.
“Eh! Ulam pucuk janggus!!! Ha! Ha! Ha!” jerit Cikgu Darus sambil ketawa berdekah-dekah.
Bersama ulam tersebut terdapat sepucuk surat. Cikgu Fatimah segera membuka surat tersebut dan membacanya.
Tidak ada barang-barang yang berharga yang dapat saya hadiahkan kepada cikgu sempena Hari Guru pada tahun ini. Selain dari daun-daun yang dapat saya cari di kampung saya. Daun ulam itulah yang selalu saya berikan kepada cikgu selama ini. Saya tahu cikgu suka makan, makanan tradisi kita.
Saya orang miskin cikgu. Ibu saya sedang sakit. Ayah saya telah lama meninggal dunia. Semalam bila saya minta hadiah pada ibu saya, dia menangis. Kami tidak dapat beri barang-barang berharga buat cikgu, sedangkan cikgu sangat baik kepada saya. Budi dan jasa cikgu tak dapat saya balas.
Emak saya hanya dapat mengirimkan salam buat cikgu. Terimalah hadiah yang ikhlas dan jujur dari saya, yang tidak berharga itu. Itulah saja yang dapat saya hadiahkan pada cikgu. Maafkan saya, cikgu. – Ramli
Tiba-tiba berjurai air mata mengalir keluar mengaliri pipi Cikgu Fatimah sebaik sahaja habis membaca surat tersebut. Cikgu Faridah dan Cikgu Noriah turut terharu ketika bersama-sama membacanya. Cikgu Fatimah menundukkan mukanya ke meja dan menangis teresak-esak.
“Eh! Tadi Cikgu Darus ketawa. Tiba-tiba Cikgu Fatimah menangis pula. Ada apa ni, mari saya baca,” minta Cikgu Harun. Dia kehairanan melihat keadaan tersebut.
Cikgu Harun selesai membaca. Dia merenungi hadiah tersebut. “Benar! Inilah hadiah yang paling murni. Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih baik dari hadiah-hadiah yang mahal-mahal itu jika untuk bermuka-muka,” katanya, turut terharu apabila melihat hadiah tersebut.
(Dipetik daripada cerpen “Hadiah Hari Guru” karya Rejab F.I,
Antologi sehijau Warna Daun, DBP)

31. Mengapakah Cikgu Darus mengatakan bahawa dalam bungkusan itu terdapat seketul intan?
A Beliau ingin menimbulkan gelak ketawa dalam kalangan guru
B Cikgu Fatimah membuka bungkusan itu perlahan-lahan
C Beliau yakin terdapat sesuatu yang berharga dalam bungkusan itu
D Beliau ingin memperli orang yang memberi hadiah itu

32. Mengapakah Cikgu Harun mengatakan bahawa hadiah itu ikhlas dan jujur?
A Ulam pucuk janggus jarang dijumpai
B Si pemberinya memberikan dengan penuh keikhlasan
C Hadiah itu diusahakan sendiri oleh Si pemberinya
D Hadiah itu merupakan hasil yang dijumpai di kampung itu

33. Semua yang berikut merupakan sikap Ramli yang boleh disimpulkan daripada petikan ini, kecuali
A bertimbang rasa.
B mengenang budi.
C ikhlas.
D rendah diri.

34. Di manakah peristiwa dalam petikan tersebut berlaku?
A Kampung Ramli
B Pejabat sekolah Ramli
C Bilik Cikgu Fatimah
D Bilik Guru

35. Apakah tema cerita di atas?
A Kemiskinan masyarakat desa
B Kepentingan pendidikan bagi manusia
C Mengenang budi guru
D Guru yang berdedikasi


Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca puisi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SEORANG GURU TUA
Guruku yang baik
masih lagi mengajar
sedang aku kini sudah besar
dulu wajahnya muda
kini rambut memutih kepala
ada anak-anak muridnya
sudah menjadi menteri
ada anak-anak muridnya
kini memegang jawatan tinggi
tidak kurang pula
bergelar usahawan berjaya.

Guruku yang baik
masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama
tiada kelihatan jemu
dari air mukanya
tiada kedengaran bosan
dari suara bibirnya
dia gigih menggenggam
tanggungjawab yang diamanahkan.

Seorang guru tua
dia masih di situ
berdiri sebagai guru
menabur jasa-jasa
dialah pendidik bangsa!

GUNAWAN MAHMOOD
(Antologi Sehijau Warna Daun, DBP)

36. Apakah maksud air mukanya dalam sajak ini?
A Rupa parasnya
B Riak wajahnya
C Bentuk wajahnya
D Keadaan mukanya

37. Apakah yang dilakukan oleh guru tua itu pada masa ini?
A Sudah bersara
B Sudah dinaikkan pangkat
C Telah bertukar sekolah
D Masih mengajar seperti dahulu

38. Apakah tema sajak ini?
A Pengorbanan seorang guru
B Sumbangan seorang guru
C Kenangan terhadap seorang guru
D Mengenang jasa guru

39. Kesemua yang berikut merupakan nilai-nilai yang terkandung di dalam sajak ini, kecuali
A tanggungjawab.
B amanah.
C dedikasi.
D bertimbang rasa.

40. Pada pendapat anda, mengapakah guru itu masih memandu kereta lamanya?
A Beliau miskin
B Beliau tidak memerlukan kereta baru
C Beliau tidak mementingkan kebendaan
D Beliau sayang akan kerja lamanya

Sains Tingkatan 2

DUNIA MELALUI DERIA KITA (TINGKATAN 2)
1.Kulit mengandungi banyak ___________________ atau hujung saraf yang peka kepada rangsangan.
2.Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan ________________________.
3.struktur dalam telinga manusia yang terdiri daripada 3 ketul tulang dan berfungsi untuk menguatkan getaran bunyi dinamakan _________________.
4.Namakan bahagian telinga manusia yang berfungsi menyamakan tekanan udara di kedua- dua belah gegendang telinga.
5.Gegendang telinga berfungsi menukarkan gelombang bunyi menjadi ___________ bunyi.
6.________________ ialah organ deria penglihatan.
7.Saraf _______________ berfungsi membawa impuls dari retina ke otak.
8.Lapisan ________________ pada mata kita berwarna hitam kerana ia mengandungi banyak kapilari darah.
9.Lapisan sklera yang lutsinar di bahagian hadapan mata dikenali sebagai _____________
10.Struktur mata yang berfungsi mengawal saiz anak mata ialah ____________________ .
11Bahan lutsinar seperti agar-agar yang terletak di bahagian dalam bola mata dikenali sebagai _____________________.
.12.Gerak balas tumbuhan terhadap rangsang cahaya dikenali sebagai _________________.
13.Gerak balas tumbuhan terhadap graviti dikenali sebagai __________________.
14.Gerak balas tumbuhan terhadap air dikenali sebagai __________________ .
15.Fototropisme membantu tumbuhan hijau mendapatkan cahaya untuk proses _______________
16.Gerhana ______________ berlaku apabila bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi.
17.Sudut tuju sama dengan sudut _________________ .
18.Periskop dan kaleidoskop berfungsi menggunakan prinsip ______________ cahaya.
19.Pembengkokan sinar cahaya apabila melalui medium yang berlainan ketumpatan dikenali sebagai __________________ cahaya.
20.Sinar cahaya yang bergerak dari medium yang lebih tumpat ke dalam medium yang kurang tumpat akan dibiaskan menjauhi garis ________________.
21.Kolam kelihatan lebih cetek daripada yang sebenarnya. Fenomena ini ada kaitan dengan ____________________ cahaya.
22.Proses pemisahan cahaya putih kepada spektrum oleh sebuah prisma kaca dikenali sebagai __________________________.
23.Di antara 7 warna spektrum, cahaya berwarna ___________bergerak paling laju menerusi prisma kaca.
24.Cahaya berwarna _______________ bergerak paling perlahan menerusi prisma kaca.
25.Apabila satu alur cahaya putih melalui prisma kaca, cahaya putih tersebut akan diasingkan kepada 7 komponen warna yang dikenali sebagai ___________________.
26.Orang pertama yang memisahkan cahaya matahari kepada spektrum dengan menggunakan satu prisma kaca ialah Sir _______________________ (1642-1727)
27.Cahaya merah, biru dan hijau dikenali sebagai warna _______________.
28.Cahaya kuning, magenta dan cyan dikenali sebagai warna __________________.
29.Apabila cahaya berwarna merah, biru dan hijau bertindih antara satu sama lain ia akan menghasilkan cahaya berwarna __________________
30.Cahaya kuning sebenarnya adalah campuran cahaya merah dan _________________.
31.Kanta cembung dalam kamera membentuk imej yang nyata (sahih) manakala kanta pembesar pula akan membentuk imej yang __________________.
32.Kebolehan mata membuat penyesuaian dan memfokuskan imej pada retina disebut __________________ .
33.Untuk melihat objek jauh, otot ______________ akan mengendur.
34.Untuk melihat objek dekat, _______________________ akan mengendur.
35.Bunyi yang dipantulkan dikenali sebagai ____________________.
36.Bunyi dapat melalui pepejal, cecair dan gas tetapi tidak boleh melalui_____________ .
37.Bilangan getaran per saat disebut____________________.
38.Frekuensi disukat dalam unit ____________________.
39.Penglihatan ______________________membolehkan kita menganggarkan jarak dengan tepat.
40.Kadang kala apa yang dilihat oleh mata kita berbeza daripada apa yang ditafsirkan oleh otak. Fenomena ini dikenali sebagai ______________________.


TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
Memperkenalkan SainsKepelbagaian Benda HidupKepelbagaian Sumber BumiBentuk Dan Sumber TenagaUdara Di Sekeliling KitaHaba Dan Pemindahannya
Dunia Melalui Deria KitaAir Dan LarutanSaling Bersandaran Antara Benda Hidup Dengan Alam SekitarDaya Dan Gerakan
Pembiakan Dan PertumbuhanTanah Dan SumbernyaElektrik Dan ElektromagnetBumi Dan Alam Semesta