Monday, July 12, 2010

Kepentingan Hutan Tropika

Kepentingan Hutan Tropika
1. Sumber biodiversiti atau khazanah negara
2. Sumber perubatan
3. Sumber ekonomi negara
4.Pembersih udara
5. Menyederhanakan cuaca
6. Menggerakkan edaran hidrologi
7.Mengurangkan hakisan permukaan

Wednesday, July 7, 2010

Cuaca dan Iklim di Malaysia : Geografi Tingkatan 1

Cuaca dan Iklim di Malaysia
Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa dengan ciri-ciri seperti berikut :
a) Suhu yang tinggi dan sekta sepanjang tahun
b) Min suhu tahunan kira-kira 27.50C
c) Julat suhu kurang daripada 30C
d) Hujan lebat turun sepanjang tahun dengan jumlah hujan tahunan melebihi 2000mm.
e) Kelembapan bandingan tinggi.
Angin yang mempengaruhi cuaca dan iklim Malaysia ialah
a) bayu darat dan bayu laut
b) angin monsun
c) angin sumatera
Kawasan pinggir pantai mengalami bayu darat dan bayu laut setiap hari.
Angin Monsun Barat Daya bertiup dari bulan Mei hingga September.
Angin Monsun Timur Laut bertiup dari bulan November hingga Mac.
Angin Sumatera merupakan angin kencang yang bertiup ke pantai barat Semenanjung Malaysia dari April hingga Mei dan dari September hingga Oktober.
Terdapat dua jenis hujan utama di Malaysia, iaiatu hujan bukit dan hujan perolakan.
Hujan bukit berlaku semasa angin monsun bertiup dan hujan perolakan berlaku terutamanya semasa peralihan monsun.
Taburan hujan negara Malaysia dipengaruhi oleh
a) bentuk muka bumi
b) angin monsun
Kelembapan udara di Malaysia tinggi, biasanya melebihi 80%.